Category

Blogger Themes

Acaimiami. Theme images by micheldenijs. Powered by Blogger.

Followers

Featured Posts

Saturday, 4 August 2012

Nikah Khitbah Satu Alternatif






Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan


1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .

Firman Allah swt yang bermaksud :

    dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .An Nuur : Ayat 32


5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

    Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
    Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
    Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
    Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
    Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
    Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
    Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

    Suami
    Isteri
    Wali
    Saksi
    Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

    Masih menuntut di kolej atau uniersiti
    Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
    Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Jangan mendekati Zina . .



Saudara-saudaraku kaum muslimin,
Hati-hatilah terhadap perbuatan zina! Dan janganlah masuk ke-dalam jalan-jalan yang mendekati zina. Sesungguhnya sabar untuk tidak masuk ke jalan-jalan tersebut lebih mudah daripada sabar untuk tidak berzina ketika sudah ada di dalam jalannya.

Maka janganlah mendekati zina dan janganlah masuk ke dalam jalan-jalan yang mendekatinya. Dan diantara jalan-jalan tersebut adalah:
 

1 : Memandang wanita dan auratnya termasuk wajahnya.

Ini sangat erat sekali hubungannya dengan zina, hingga Allah berfirman:



} قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ { سورة النور الآية :30


Artinya : "Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."(An-nur : 30)

Demikian pula Allah memerintahkan kepada wanita agar menahan pandangannya terhadap laki-laki dan menjaga kemaluannya. Allah berfirman :



]وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ [سورة النور - 31


Artinya : "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya." (QS An Nuur 31)

Dan karena menutup jalan menuju zina pula Allah memerintahkan para wanita mu'minah agar menutup auratnya. Allah berfirman selanjutnya :



}وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ { سورة النور 31


Artinya: "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya ke dadanya." (An-Nur : 31)

Jadi jelas menyaksikan TV atau Video (terlebih film/video/vcd/dvd porno, red), dimana tampil wanita-wanita dengan membuka aurat dan berhias (Tabarruj) termasuk jalan kepada zina yang diharamkan oleh Allah. Demikian pula majalah-majalah, atau gambar-gambar (termasuk gambar cabul, gambar porno, majalah porno yang tersebar baik di media cetak maupun Internet, red).


2 : Pendengaran.


Pendengaranpun bisa menjadi jalan mendekati zina, bila mendengarkan nyanyian-nyanyian wanita yang bukan muhrimnya, apalagi dengan diiringi musik, dan isinya tentang cumbu dan rayu atau cinta dan kasih dll.

Oleh karena itu Allah berfirman kepada para istri-istri Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam,yang mereka itu adalah contoh teladan bagi seluruh kaum wanita muslimah:



} فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ { (سورة الأحزاب - 32)


Artinya: "Maka janganlah kalian tunduk (lemah) dalam pembicaraan sehingga menimbulkan keinginan pada orang-orang yang dihatinya ada penyakit...)" Q.S. Al Ahzab 32.

Ketiga : Ikhtilath (percampuran atau pergaulan bebas laki-laki dan wanita.
Ini adalah jalan yang paling banyak menjerumuskan manusia kepada zina. Betapa banyak perzinahan terjadi yang penyebabnya adalah perkenalan mereka di kantor, atau keakraban mereka di sekolah, kampus, atau perjumpaan mereka di kendaraan umum, dll.

Allah Taala berfirman:



}وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاء حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ سورة الأحزاب{ (سورة الأحزاب – 53)


Artinya : "Kalau kamu meminta kepada mereka sesuatu kebutuhan, mintalah dari balik hijab (tabir), yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." Q.S. Al Ahzab 53.
 

4 : Khalwat (berduaan) dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.

Ini lebih bahaya dari yang ketiga. Tidaklah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya kecuali yang ketiganya adalah syaithon. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam. bersabda:



(لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذي محرم) رواه البخاري ومسلم

Artinya : "Janganlah sekali-kali seorang (diantara kalian) berduaan dengan wanita, kecuali dengan mahramnya (H.R Bukhari dan Muslim).

Dan Beliau Shalallahu 'alaihi wassalam juga bersabda :



(إياكم والدخول على النساء) رواه البخاري ومسلم

Artinya : "Janganlah sekali-kali kalian masuk ke (tempat) wanita." Maka berkatalah seorang dari kalangan Anshor : Bagaimana pendapatmu kalau wanita tersebut adalah ipar (saudara istri)?
Maka Beliau Shalallahu ‘alaihi wassalam. menjawab :

(الحمو الموت ) رواه البخاري ومسلم

Artinya : "Ipar adalah maut." (H. R. Bukhari dan Muslim.)

Maka termasuk jalan mendekati zina, perginya seorang perempuan dengan sopirnya, tinggalnya seorang laki-laki di rumah bersama pembantu perempuannya atau lainnya dari bentuk-bentuk khalwat walaupun asalnya berniat baik, seperti mengantarkan seorang wanita ke tempat tertentu.

Demikianlah wahai kaum muslimin, seluruh jalan-jalan kepada zina sudah Allah tutup. Dan semua itu sudah Allah haramkan dalam satu ayat:



} ولا تقربوا الزنى{. الإسراء 32


Dan Rasulullah telah mengatakan dalam satu haditsnya :


(كتب على ابن آدم نصيبه من الزنا فهو مدرك ذلك لا محالة: العينان زناهما النظر والرجل زناهما الخطى ، والقلب يهوى ويتمنى، ويصدق ذلك الفرج أو يكذبه ) رواه البخاري ومسلم وأبو داود والنسائي


Dari Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam. bahwa Beliau bersabda: "Telah ditulis atas anak adam nasibnya (bagiannya) dari zina, maka dia pasti menemuinya, zina kedua matanya adalah memandang, zina kakinya adalah melangkah, zina hatinya adalah berharap dan berangan-angan, dan dibenarkan yang demikian oleh farjinya atau didustakan," (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i).

Dan dalam riwayat lain Beliau bersabda:



(....واليدان تزنيان فزناهما البطش، والرجلان تزنيان فزناهما المشي والفم تزني فزناه القبل ) رواه مسلم وأبو داود


"Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium." (H.R. Muslim dan Abu Dawud).

Wahai kaum muslimin kembalilah kepada Allah, sesungguhnya Allah telah memerintahkan dengan wasiat -sedangkan wasiat lebih dari sekedar perintah agar menjauhi seluruh fahisyah (perbuatan keji):



}ولا تقربوا الفواحش ما ظهر منها وما بطن، ولا تقتلوا النفس التي حرم الله إلا بالحق، ذلكم وصاكم به لعلكم تعقلون{ سورة الانعام 151


Artinya : "...Dan janganlah kamu mendekati fahisyah yang tampak atau yang tersembunyi, dan janganlah membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak. Demikian itu yang diwasiatkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami." (Al Qur’an Surat Al An'am 151)

Dan juga Allah mengatakan bahwa diantara sifat-sifat orang mu'min yang akan beruntung adalah seorang yang menjaga kemaluannya dari zina,:



}والذين هم لفروجهم حافظون إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون{ ( سورة المؤمنون 5-7)

Artinya :"...Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka kecuali kepada istri-istri mereka atau perempuan-perempuan yang mereka miliki maka mereka tidak tercela. Barang siapa mencari selain itu maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.." Q.S. Al Mu'minun 5-7
Maka kembalilah kepada Allah., sesungguhnya Allah akan membalas mereka yang berbuat ihsan dengan ihsan, yaitu orang orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan fahisyah.

Firman Allah:



}وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاؤُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى * الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى{ (سورة النجم 31-32)

Artinya: "Dan hanya kepunyaan Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk Allah balas orang-orang yang berbuat kejelekan atas apa-apa yang mereka kerjakan, dan Allah balas orang-orang yang berbuat ihsan (kebaikan) dengan ihsan, yaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan fahisyah kecuali dosa-dosa kecil, sesungguhnya Allah Maha luas ampunan-Nya." (Q.S. An Najm 31-32).
Dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah mempersiapkan kenikmatan-kenikmatan dan kelezatan-kelezatan disisiNya yang jauh lebih baik dan lebih kekal untuk orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Allah serta menjauhi dosa-dosa besar dan fahisyah.

Firman Allah Ta'ala:



}فَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ * وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُون{ ( سورة الشورى 36-37)


Artinya: "Dan suatu apapun yang di berikan kepada kalian itu hanyalah kenikmatan hidup didunia, dan apa yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal, untuk orang-orang yang beriman dan hanya kepada Rabb mereka, mereka bertawakkal. dan (bagi) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji (fahisyah) dan apabila mereka marah mereka memaafkan." Q.S. Asy Syura 36-37.

Wahai kaum muslimin kembalilah kepada Allah... dan bertaubatlah kepada-Nya.... Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.



وصلى الله على محمد وعلى آله وأصحابه وسلم
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا اله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك.

(Ditulis oleh al Ustadz Muhammad Umar as Sewed dengan judul لا تقربوا الزنا JANGANLAH MENDEKATI ZINA, di Islamic Center Unaizah, King of Saudi Arabia, saat beliau belajar pada syaikh Muhammad bin Sholih al Utsaimin rahimahullah.) 

Friday, 3 August 2012

Mengenal Sarana Tarbiyah

Pendahuluan


 

 

Tarbiyah sebagai proses pembangunan diri muslim yang kaaffah harus mendapat porsi terbesar kehidupan seseorang. Sarana, proses, pengembangan dan evaluasi tarbiyah yang dilakukan secara simultan adalah sebuah kesatuan yang tak terpisahkan. Sisi lain tarbiyah yang dilakukan adalah tarbiyah bagi orang dewasa. Kesadaran akan hal tersebut akan membawa kita pada pemahaman pendidikan orang dewasa tidak sama dengan pendidikan anak-anak.

 

Pendidikan bagi orang dewasa memberi kesempatan yang luas bagi komunikasi dua arah. Peran peserta menjadi sangat besar dalam pencapaian tarbiyah itu sendiri. Kesadaran peserta akan apa yang dilakukannya dan apa yang menjadi tujuannya akan mempercepat proses perjalanan tarbiyah. Tugas seorang murobbilah untuk memotivasi dan mengembangkan setiap potensi yang dimiliki peserta. Kesiapan para murobbiuntuk berkomunikasi dua arah juga memainkan peranan penting. Dengan komunikasi dua arah diharapkan peserta dapat memahami setiap nilai secara baik, tidak taklid dan sadar sepenuhnya terhadap apa yang dilakukan berikut keterkaitannya dengan tanggungjawab dihadapan Allah Swt.

 

Pada sarana tarbiyah dalam setiap marhalah perlu digaris bawahi masalah kekhasan pendidikan orang dewasa ini. Dengan pelibatan setiap peserta dalam menanamkan dan memahami nilai yang ada diharapkan keikhlasan, keinginan untuk beramal dan seterusnya tumbuh terintegrasi dalam diri peserta. Dengan kata lain para murobbiharus siap dengan berbagai proses kreatif dalam mengembangkan sarana tarbiyah pada berbagai marhalahnya. Partisipasi aktif dari peserta tarbiyah dalam pengembangan dan pengokohan pemahamannya dapat dibangun melalui sarana tarbiyah pada setiap levelnya yang berjalan secara efektif. Diharapkan pada setiap sarana terdapat proses yang menyentuh kognisi (konsep pengetahuan), afeksi (perasaan) dan konasi (kecenderungan untuk melakukan) sehingga nilai yang disampaikan dapat terinternalisasi dalam diri peserta.

 

DR Ali Abdul Halim Mahmud menuliskan dalam buku  Perangkat-perangkat Taarbiyah Ikhwanul Muslimin terjemahan dalam bahasa Indonesia:

 

…selain itu, tarbiyah Islamiyah  memiliki keistimewaan dengan kemampuannya mengiringi fitrah manusia dalam menghadapi realitas hidupnya di bumi dan di alam materi ini, sebagaimana juga mengiringi potensinya menuju tingkat keteladanan dan kepeloporan sehingga dapat mewujudkan kemanfaatan dan keselamatan bagi diri, agama dan masyarakatnya. Semua itu termasuk dalam batas yang Allah swt. halalkan dan syariatkan.(hal. 26)

Pernyataan ini mengisyaratkan pentingnya internalisasi nilai Ilahiah dalam kehidupan sehari-hari. Dan itu secara tegas dinyatakan sebagai sebuah keistimewaan Tarbiyah Islamiyah.

 

Apa yang dimaksud dengan sarana tarbiyah ?

Manhaj Tarbiyah 1421 H mencatat bahawa yang dimaksud dengan saranan tarbiyah adalah program atau bentuk acara yang dijadikan media untuk merealisasikan kurikulum tarbiyah. Sebagai saranan utama dalam tarbiyah adalah Halaqah. Sedangkan sarana tambahannya berupa mabit/jalasah ruhiyah/lailatul katibah, tatsqif, rihlah, mukhayyam, dauroh, seminar, ta’lim dan penugasan.

Masing-masing disaran memerlukan pengelohan yang tepat sesuai dengan peserta dan sasaran yang ingin dicapai pada tiap-tiap marhalah. Pelibatan seluruh peserta dalam pencapaian sasaran akan mempercepat pencapaiannya. Setiap sarana memiliki kekhasan masing-masing sehingga para murobbi perlu cermat untuk memadukan ke seluruhan sarana yang ada.

 

A.      Halaqoh

    Halaqoh adalah proses kegiatan tarbiyah dalam dinamika kelompok. Jumlah normal satu halaqoh maksimal 12 orang. Murobbi diperkenankan paling banyak mentarbiyah 3 halaqah. Bagi halaqoh akhwat dengan peserta kaum ibu perlu dipertimbangkan masalah jumlah. Biasanya kehadiran para ibu disertai dengan putra-putrinya yang masih kecil. Murobbi, bekerjasama dengan para suami, perlu membuat sistem taawun yang dapat membantu para ibu mengembangkan potensi dirinya secara proporsional.

    Pengelolaan halaqoh bagi marhalah pemula dan muda bertumpu padamurobbi. Tetapi dalam pelaksanaannya murobbi dapat melibatkan seluruh peserta memilih program-program yang dianggap dapat mewujudnya tercapainya muwashaffat marhalah tersebut. Murobbi dapat menugaskan salah seorang peserta untuk menjadi koordinator, mengatur alur informasi sesama peserta. Menunjuk peserta lain yang bertugas mencatat absensi dan notulensi pertemuan, serta peserta lain sebagai bendahara. Dapat pula ditambah beberapa penanggung jawab program yang telah disepakati. Absensi dan notulensi dapat digunakan untuk pengecekan silang terhadap catatan murobbidalam proses takwim.

    Baramij adalah acara yang mesti diikuti dalam melaksanakan halaqah dengan tertib, sehingga terealisir ahdaf halaqah. Baramij dapat ditambah sesuai dengan kebutuhan

=         Iftitah

=         Tilawah dan tadabbur

=         Talaqqi madah

=         Mutaba’ah dan diskusi

=         Ta’limat

=         Ikhtitam


    Talaqqi madah tidak berarti harus selalu satu arah dan berbentuk skematik, tetapi bisa dilakukan dengan beberapa tahap yaitu  penjelasan sasaran materi, pelibatan peserta, ceramah atau dialog. Berikut ini contoh talaqqi untuk madah Birrul Walidain (1B081):
    Peserta diminta untuk mengingat syair yang dirasa paling tepat untuk menggambarkan perasaannya terhadap orang tua. Misalnya:kasih ibu.. kepada beta…tak terhingga sepanjang masa. Hanya memberi tak harap kembali.. bagai sang surya menyinari dunia (diambil dari syair lagu anak-anak)
    Dilakukan dialog tentang alasan pemilihan syair tersebut
    Penjelasan materi
    Diskusi dengan melibatkan perasaan peserta.

B.      Tarbiyah Fardiyah

Dilakukan bagi peserta yang karena satu dan lain hal tidak dapat bergabung dengan peserta lain dalam halaqoh. Tarbiyah Fardiyah hanya berlaku bagi marhalah tamhidi dan muayyid. Seorang murobbi paling banyak melakukan tarbiyah fardiyah pada 3 orang.

 

C.      Mabit/Lailatul Katibah & Jalsah Ruhiyah

Dilakukan dengan prioritas bagi tarbiyah ruhiyah setiap peserta dengan acara menginap bersama, kecuali untuk akhwat. Program yang dijalankan adalah menghidupkan malam dalam upaya meningkatkan kualitas hubungan dengan Allah swt. dan meningkatkan upaya meneladani dan mencintai Rasulullah Saw, mengeratkan ukhuwwah, meningkatkan akhlaq rabbaniyah dan menambah bekalan da’wah.

 

D.      Tarbiyah Tsaqofiyah (tatsqif)

Tatsqif adalah proses pembentukan syakhsiyah Islamiyah mutakamilah yang bersifat ilzami melalui melalui pembekalan ‘ulum Islamiyah kepada peserta. Selain kehadiran dan talaqqi, partisipasi aktif peserta sangat menunjang  peningkatan pemahaman. Mengkaji maraji’ yang disarankan, mendiskusikan hal-hal praktis yang berkaitan dengan madah yang disampaikan dapat menjadikannya sebagai ilmu yang terinternalisasi bagi peserta.

 

E.      Dauroh/Kursus

Dauroh adalah forum khusus untuk mempelajari keahlian atau ketrampilan tertentu. Diikuti oleh peserta dengan persyaratan tertentu dan dilaksanakan dalam waktu yang relatif lama. Sebelum mengikuti dauroh ini sebaiknya diberi pemahaman akan pentingnya keterlibatan dalam dauroh ini. Juga sangat baik bila peserta yang merasakan sendiri kebutuhan akan keahlian tertentu sehingga muncul keinginan untuk meningkatkan ketrampilannya.

 

F.        Rihlah

Rihlah adalah suatu perjalanan rekreasi yang bersifat tarbawi, manhaji dan tanzimi dengan kegiatan yang disiapkan untuk mencapai sasaran pemulihan dan penyegaran potensi ruhi, fikri dan jasadi serta penguatan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Rihlah diikuti keluarga masing-masing peserta, dilaksanakan minimal satu tahun sekali dan mengutamakan kesempatan rekreasi bagi ummahat.

 

G.      Mukhayyam

Mukhayyam adalah sarana penghimpunan, pelatihan dan pengarahan peserta dalam rangka menerapkan nilai Islam pada aktifitas kehidupannya.

Anasir Acara yang diselenggarakan terdiri atas unsur riyadhi, askari, ruhi dan fikri.

 

H.      Ta’lim

Ta’lim adalah bentuk penyampaian mawad tarbiyah tsaqofiyah  sekaligus tarbiyah jamahiriyah yang diselenggarakan melalui sarana-sarana umum seperti masjid atau majlis ta’lim.

 

Apakah sarana tarbiyah dapat dikembangkan ?

Seperti telah diuraikan sebelumnya, sarana tarbiyah yang beragam dapat dikembangkan dan sangat tergantung pada kreatifitas murobbi, dan pengelola. Tidak kurang pentingnya adalah partisipasi aktif para peserta dengan berbagai kreatifitasnya mengembangkan sarana-sarana yang ada dengan batasan koridor manhaj 1421 H.

 

Bagi halaqoh tamhidi atau muayyid akan tampak kreatifitas peserta mempengaruhi dinamika kelompoknya. Bila seorang murobbi membina lebih dari satu kelompok halaqah dengan marhalah yang sama, maka ia tidak dapat menganggap kedua kelompok adalah sama. Setiap kelompok memiliki kekhasan sendiri-sendiri. Kelompok aktivis biasanya kreatif namun dari segi kehadiran sering berganti-ganti orang karena aktivitasnya. Sebaliknya kelompok pekerja akan sulit melakukan program rutin pada waktu kerjanya. Dengan demikian para murobbi perlu melakukan pengelolaan sedemikian rupa yang khas bagi masing-masing kelompok.

 

Beberapa kiat untuk pengembangan sarana tarbiyah pada marhalah pemula.

Setiap murobbi pasti memiliki kiat-kiat untuk mengembangkan halaqohnya. Dan disadari bersama kiat-kiat tersebut sangat spesifik bagi kelompok dengan karakter tertentu. Sebaiknya dilakukan workshop antar murobbi untuk mengembangkan  dan memperkaya kreatifitas.

Hal-hal yang dapat dilakukan untuk mengembangkan halaqoh pada marhalah pemula diantaranya:

    Metode penyampaian yang beragam.Dimulai dengan ‘opening session‘ (sesi pembuka) untuk mempersiapkan peserta dalam menerima materi. Dapat dilakukan dengan pre test, dialog, permainan  dll.  Materi disampaikan sambil mengukur kesiapan peserta pada saat tersebut. Sedapat mungkin melibatkan keaktifan peserta. Selain dengan skematik, dapat dengan narasi, bahas buku, membahas kondisi kontemporer yang kemudian dibingkai oleh murobbi dengan tujuan materi yang disampaikan dan aplikasinya dalam kehidupan sehari-hari. Metode curah pendapat (sharing) dapat pula dijadikan sessi pembuka yang nanti dapat dijadikan contoh dari materi tersebut.
    Digunakan media yang beragam dalam penyampaian materi. Artikel, gambar-gambar di koran atau majalah untuk memancing keterlibatan perasaan peserta dalam pembahasan materi.
    Metode evaluasi yang juga beragam dengan berbagai kuis, jurnal, membuat tlisan atau artikel dan sebagainya yang pada gilirannya dapat dijadikan indikasi otentik dalam proses takwim. Khusus tentang jurnal akan diuraikan di lampiran.

Berikut ini sebuah contoh dalam penyampaian materi ‘Ilmu Allah pada marhalah pemula:

Peserta diminta tanggapannya tentang kasus ajinomoto. Tanpa memberi penilaian terhadap masing-masing pendapat murobbi menjelaskan materi ‘Ilmu Allah (1D232) yang menyimpulkan bahawa setiap pengetahuan kauniyah dikembangkan hanya dalam rangka menegakkan syariah Allah di muka bumi. Dilanjutkan dengan diskusi. Sebelum menutup acara murobbi meminta peserta menulis jurnal tentang perasaannya ketika menerima materi dan rencana aplikasinya di waktu mendatang.

 

Penutup

 

Sebagaimana kekhasan pendidikan orang dewasa, maka pengembangan sarana tarbiyah sangat tergantung pada para murobbi, naqib serta peserta itu sendiri. Mengingat murobbi dan naqib lebih memahami keadaan dan tujuan pada setiap marhalahnya maka dituntut agar kreatif dan komitmen terhadap kelangsungan perkembangan tarbiyah di negeri ini.

 

Semoga Allah Swt. memberi kelapangan hati, kemudahan urusan dan kekuatan dalam mengembangkan  amanah-Nya menegakkan kalimat Allah di muka bumi. Amin

Wallahu’alam bisawab.

 

Si Peruntuh Khilafah Islamiyah

 
Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).

 




Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki.

Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah.

Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.

Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya.
Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis: 'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M),tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.

Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M): Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).

Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).

Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion Ketiga di Salonika. Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah.

Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.

Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.
Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan.

Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik.

Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah. Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata,

Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.
Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu.

Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera. Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun.
Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimeteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek. Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini.

Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan beliau daripada terus menimbulkan huru-hara.

Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai." Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan.

Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan.

Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir.

Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban,

Khalid Turki hidupkanlah kembali,

Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah.

Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki,manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam. Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut.

Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam. Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah.
Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem Khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang Islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris.

Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

 
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang Islam mengerjakan Ibadah Haji. Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

 
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin. Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.

 
Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadi presidetnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M). Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

 
Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

 
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Bersemadilah engkau Mustafa Kamal Ataturk dalam kemurkaan Allah.

‘Islam Warisi’ vs ‘Islam Hakiki’

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat Islam dan Iman yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita sebagai hambaNya pada saat ini. Kalam kali ini akan membicarakan sebuah tajuk iaitu ‘Islam Warisi’ vs ‘Islam Hakiki’ Sebagai pembuka kalam kali ini, ayuh kita hayati sebuah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”

Jika kita melihat firman Allah di atas maka dapatlah kita fahami bahawa Allah SWT memerintahkan setiap hambaNya memahami dan mengamalkan Islam secara menyeluruh (total) tanpa meninggalkan sesuatu perkara yang lain. Sebagai contoh, mungkin dalam aspek politik, kita mengikuti garis panduan syariat manakala dalam aspek ekonomi kita tidak meletakkan syariat sebagai panduan dan teras.
Perkara seperti ini tidak boleh kita lakukan kerana setiap perlakuan kita perlu berlandaskan syariat Allah SWT dan perlu sentiasa mengamalkan cara hidup Islam secara total tanpa meninggalkan sebahagian yang lain. *Untuk rujukan yang lebih lanjut, anda boleh melihat kalam yang lalu iaitu (“Kompas Hidup”)
Kembali semula kepada tajuk utama kalam kali ini, apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Islam Warisi’ dan ‘Islam Hakiki’? Berdasarkan firman Allah di atas, Allah SWT telah memerintahkan kepada hambaNya untuk memahami dan mengamalkan Islam secara total tetapi malangnya pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita hanya menjadi ‘Islam Warisi’ iaitu mewarisi Islam daripada keluarga tanpa memikirkan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.
Firman Allah SWT dalm surah al-Mukminun ayat 115 yang bermaksud, “Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Daripada firman Allah SWT di atas, secara jelas dapat kita fahami bahawa kita bukannya diciptakan secara sia-sia (tanpa tujuan) di atas muka bumi ini tetapi Allah SWT telah menyediakan tugas dan amanah yang wajib kita pikul dan laksanakannnya yang mana salah satunya seperti firmanNya dalam surah al-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud, “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”
Manakala dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud, “Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya, semata-mata kerana (menjalankan) agama dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)”

Tuntasnya, inilah di antara tugas kita sebagai manusia yang bergelar khalifah di muka bumi Allah ini. Perbezaan di antara mereka yang bergelar ‘Islam Warisi’ dengan ‘Islam Hakiki’ adalah mereka yang bergelar ‘Islam Hakiki’ mengetahui kenapa dirinya diciptakan oleh Allah SWT, kenapa perlu bersolat dan melaksanakannya segala perintah Allah dan RasulNya berbanding dengan mereka yang hanya mewarisi Islam sahaja, tatkala ditanyakan kenapa solat? Kerap kali jawapan yang akan dijawab mereka, “Entahlah, mak ayah saya solat, jadi saya solatlah.”
Jika kita meniliti pengertian Islam dalam bahasa Arab adalah salama yang bermaksud selamat. Manakala daripada segi istilahnya pula ia membawa maksud mentauhidkan Allah dengan sepenuh kepatuhan, kecintaan serta menyerah diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya.
Bersyukurlah kerana kita dilahirkan oleh Allah SWT dalam keadaan Islam kerana Islam adalah sebuah agama yang benar. Demi menzahirkan kesyukuran itu, maka dengan itu kita sebagai hambaNya perlulah melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Islam bukan sahaja mencakupi aspek ibadah semata-mata tetapi Islam meliputi segenap aspek kehidupan ini. Tidak kira daripada aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Islam sebuah agama yang komprehensif (syumul), merupakan sebuah agama yang lengkap dan tidak memerlukan sebarang penambahan dan perubahan.
Justeru, ayuh kita bermuhasabah kembali. Apakah kita benar memahami Islam ini secara total (menyeluruh) ataupun sebaliknya? Jika tidak ayuh kita bersama-sama dalam memperbaiki diri kita dengan menambahkan ilmu dan beramal dengan ilmu itu. Mudah-mudahan kita akan tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa. Jadilah seorang Islam yang mana ‘Islam Hakiki’ dan bukannya hanya mewarisi Islam daripada keluarga semata-mata. Wallahuaklam.

“Islam dihayati di dalam diri, Iman teguh terpasak di hati”


Manual Ramadan yang Bertepatan Sunnah


Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan kepada semua hambaNya. Kalam kali ini akan membicarakan sebuah tajuk iaitu “Manual Ramadan yang Bertepatan Sunnah”. Sebagai pembuka kalam kali ini ayuh kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa.”


Puasa hendaklah dilaksanakan dengan ‘manual’ lahir dan batin seperti yang ditetapkan sunnah Rasulullah SAW. Latihan berlapar pada siang hari itu perlu diikuti dengan pakej latihan yang berbentuk hablumminallah dan hablummi annas. Antara pakej latihan itu ialah solat Terawih, membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf di masjid dan qiamulail.


Pelaksanaan puasa mesti mengikut hukum sah dan batalnya, syarat-syarat dan adab-adab yang telah ditentukan sunnah Rasulullah SAW. Ia tidak boleh dilaksanakan mengikut adat, nilai tradisi atau kebiasaan semata-mata. Antara sunnah Rasulullah SAW dalam berpuasa adalah:


1.       Solat Terawih


Daripada Abu Hurairah, bahawa beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan segala dosa yang lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


 2.       Bersahur dan melewatkan bersahur


Kita digalakkan untuk bersahur dan disunatkan untuk melewatkannya. Ia bertujuan untuk mengurangkan rasa lapar semasa berpuasa pada siang hari nanti. Selain itu, sahur ini adalah ciri yang membezakan di antara puasa umat Nabi Muhammad dengan puasa umat terdahulu.


Daripada Amru bin al-As, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Perbezaan di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)


Daripada Anas, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu terdapat berkat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 1823 dan Muslim no. 1090)


Daripada Anas bin Malik, Zaid Ibn Thabit menceritakan, “Kami makan sahur bersama Rasulullah, kemudian beliau bangun solat. Aku bertanya: Berapa lama tempoh di antara azan dan sahur? Baginda menjawab: Kira-kira membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis Riwayat Bukhari)


3.       Memperbanyakkan sedekah


Salah satu sifat mulia Rasulullah SAW adalah bersedekah. Sifat pemurah ini begitu terserlah pada diri Baginda. Namun, Baginda lebih pemurah pada bulan Ramadan. Daripada Ibn Abbas beliau berkata, “Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling pemurah, terutama sekali pada bulan Ramadan…” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6 dan Muslim no. 50)


4.       Menyegerakan berbuka


Daripada Sahl bin Sa’ad, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 1856 dan Muslim no. 1098)


5.       Bertadarus al-Quran


Bertadarus al-Quran adalah orang yang membaca al-Quran sambil disemak bacaan itu oleh orang lain. Ini amalan sunat yang digalakkan. Rasulullah SAW sendiri bertadarus semasa bulan Ramadan bersama Jibril. Daripada Ibn Abbas, belia berkata, “… Setiap kali Jibril menemui Baginda pada malam Ramadan, pasti beliau sedang mentadabburi al-Quran…” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6 dan Muslim no. 50)


6.       Menjamu orang yang berbuka puasa


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad)


7.       Iktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan


Daripada Ibn Umar beliau berkata, “Adalah Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2025 dan Muslim no. 1171)


8.       Berbuka puasa dengan rutab, tamar ataupun air


Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, “Rasulullah berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutab (buah kurma yang masih basah) sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutab, Baginda berbuka dengan dengan kurma (tamar). Sekiranya tiada kurma, Baginda minum beberapa teguk air.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


 9.       Meninggalkan menipu, percakapan kotor dan karut


Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan/atau perbuatan yang tidak senonoh (saat berpuasa), maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikan puasanya.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 5710)


Akhirul kalam, ini adalah sebahagian daripada manual yang bertepatan sunnah dalam berpuasa daripada sudut pandang penulis. Semoga kita dapat mengambil manfaat daripadanya. Semoga kita kekal konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sepanjang Ramadan dan bulan yang mendatang. Wallahuaklam.


Berdoalah Dengan Tepat Dan Bersungguh-Sungguh


Alhamdulillah kita masih diberi peluang menyambut Ramadhan pada tahun ini. Syukur atas nikmat-Nya sama ada yang nyata atau tersembunyi seperti oksigen yang serba mencukupi, sihat tubuh badan, pendengaran, penglihatan yang baik. Sudahkah kita mengucapkan “Alhamdulillah” atas segala nikmat-Nya pada hari ini? Sekiranya tidak, ucapkan sekarang dengan rasa syukur yang segar dan penuh penghayatan.

Kita tidak pernah meminta oksigen yang serba mencukupi tetapi Allah telah berikan siap-siap. Cuba kita tahan nafas selama satu minit? Mampukah kita menahan lagi untuk minit seterusnya? Tatkala itulah baru kita sedar bahawa Allah telah mencukupi hidup kita tanpa kita minta atau sedari. Seandainya Allah ambil nikmat oksigen percuma itu walau hanya seminit, mampukah kita hidup? Pastinya tidak. Oleh sebab kita tidak minta dan Allah telah beri, ucapkan “Alhamdulillah” dan “Terima kasih Allah” sebagai tanda penghargaan seorang hamba. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada di samping bersabar pada apa yang tiada kerana Allah akan beri nikmat lagi kepada hamba-Nya yang bersyukur;

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku.” (Surah Ibrahim: 7)

Apabila kita benar mahukan sesuatu, berdoalah. Kita takkan dapat andai kita tidak berdoa. Sebagai contoh, kita perlukan duit. Adakah kita akan dapat seandainya kita tidak minta pada ibu, ayah, atau suami? Sudah pasti duit itu tidak akan tiba-tiba jatuh di atas riba. Oleh sebab itu kita perlu meminta. Namun tatkala berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, seorang peminta sedekah meminta sedekah di jalanan dan meminta sedekah hanya dengan sambil lewa. Dia akan lebih mendapat simpati apabila dia kelihatan merayu-rayu meminta sedekah. 



Sebegitulah juga apabila kita berdoa. Tatkala kita berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Sememangnya Allah Maha Mengetahui tetapi Dia akan lihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan apa yang kita nak. Dia ingin tengok cara kita meminta pada-Nya.

Seandainya kita memohon rezeki melimpah ruah, kadang-kadang kita tidak sedar Allah telah berikan kita rezeki iaitu rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki makanan pada hari itu, rezeki ketenangan tetapi yang sebenarnya kita minta adalah rezeki wang ringgit. Oleh sebab itu, di kala meminta rezeki wang ringgit mohon berapa nilainya. Jika ingin pendapatan RM30,000 tiap bulan, mohon dengan tepat pendapatan RM30,000 tiap bulan. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya, elakkan daripada bertanya bagaimana Allah akan beri kerana itu tugas Allah. Tugas kita adalah meminta.

Berdoa juga adalah salah satu usaha. Sebaiknya sebelum berdoa, tulis apa yang kita ingin mohon. Mohon dengan tepat. Mohon dengan perasaan yang begitu mengharap. Dengan penuh penghayatan yang kita benar-benar inginkan apa yang kita minta. Teruskan sehingga ia tercapai. InsyaAllah dengan berdoa secara bersungguh-sungguh dengan penuh rasa dan penghayatan akan mempercepat doa kita dikabulkan.


Tips berdoa dengan Betul dan bersungguh-sungguh.

Tulis apa yang kita ingin doa dan nyatakan dengan jelas.

*Andai mahu rezeki duit, nyatakan nilainya. Gunakan perkataan “memiliki/dapat/peroleh”. Ini adalah kerana dengan menggunakan perkataan itu, tidak mustahil kita memiliki kereta impian dengan cara memenangi pertandingan tanpa perlu menggunakan duit

Masukkan perasaan yang begitu mengharap ketika berdoa

Antara mustajab doa adalah tatkala pukul 3 pagi  hingga 5 pagi. Namun begitu sentiasalah berdoa sebagai tanda kita ingat pada-Nya meskipun di luar waktu solat.

“Allah tidak pernah memilih doa yang mana patut Dia kabulkan cuma kita yang memilih doa mana yang ingin kita minta”



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami Adalah Khalifah ALLAH Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger